Tuesday, April 27, 2010

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 YANG KE-39

1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 pada 16 Mei 2010 pada pukul 9.30 pagi di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang, Pahang Darul Makmur.

2. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang ini, beberapa aktiviti akan diadakan seperti Forum Pendidkan dan juga Pameran Pendidikan.

3. Anugerah yang berprestij seperti Tokoh Guru Kebangsaan 2010 akan diserahkan kepada tokoh-tokoh guru yang telah berkorban dan berbakti di dalam bidang perguruan.

4. Puncak Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 ini adalah penyerahan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2010.

5. Tema Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam Forum Pendidikan yang akan berlangsung pada pukul 2.45 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Kolej Shah Putra, Kuantan, Pahang.

DIPETIK DARIPADA LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Muhyiddin Gesa Guru Tingkat Kepimpinan Lahir Kecemerlangan Sekolah



JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta guru supaya meningkatkan daya kepimpinan dalam mendidik pelajar bagi melahirkan kecemerlangan sekolah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, daya kepimpinan berkualiti boleh merangsang potensi pelajar sekaligus membentuk pembangunan secara holistik di sekolah.

"Aspek kepimpinan inilah yang membezakan setiap sekolah dan dapat menjayakan rancangan kerajaan," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan fiesta jubli emas dan pelancaran perkasa 50 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SSI) serta merasmikan bangunan tambahan itu, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, perhatian kepada guru menjadi antara penekanan kementeriannya dan pelbagai usaha sentiasa ditingkatkan dalam memartabatkan profesyen berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan hanya boleh menyediakan prasarana dan kemudahan bagi membangunkan institusi pendidikan tetapi usaha itu akan terhenti sekiranya guru-guru tidak berdedikasi dalam mendidik pelajar.

"Soal kepimpinan di sekolah, soal kebajikan dan memartabatkan profesyen perguruan semuanya diberi penekanan. “Kalau tenaga pengajar ada kesungguhan untuk membimbing anak-anak, maka kecemerlangan sekolah mudah dicapai," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin menyeru alumni sesebuah sekolah supaya memainkan peranan dengan membantu pembangunan sekolah mereka ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, terdapat ramai tokoh di luar yang berjaya hari ini boleh mengenalpasti keperluan pembangunan khusus di sekolah masing-masing.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengetua SSI, Halimah Ali. - Bernama

Monday, April 26, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

26 – 30 APRIL 2010

1. Cik Norhazrina binti Ibrahim
2. Cik Norakmar binti Md Yusof
3. Cik Hasmah binti Tik
4. En. Mohd Salleh bin Sabar
5. En. Shivanesh a/l Enbamogana

Friday, April 23, 2010

Selaras MBMMBI Mulai Tahun Depan



KUALA LUMPUR 21 Mac - Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.

Katanya, masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu. “Namun waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan,” katanya selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dasar MBMMBI diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tahun lalu. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyarankan lebih banyak badan korporat menderma buku kepada perpustakaan sekolah.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyarankan PBAKL diangkat sebagai pusat perdagangan industri buku, sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang dengan menjadikan Pesta Buku Frankfurt yang disertai hampir 10,000 penggiat industri buku seluruh dunia sebagai penanda aras. “Saya yakin ia dapat dicapai kerana nilai dagangan PBAKL 2009 mencecah RM20 juta dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia menjadi agensi peneraju kepada industri buku bagi mencapai hasrat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pesta kali ini disertai 202 syarikat luar dan dalam negara dengan 856 gerai.

Muhyiddin turut melancarkan buku Najib: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tulisan Aizuddin Muhammad Muaz yang memaparkan perjalanan Datuk Seri Najib Razak dalam politik.

Maksud Kod Sekolah

Tahukah anda maksud yang tersirat bagi kod sekolah anda?

Contoh kod sekolah anda ialah NBA1001


Jawapan:

N - Negeri Sembilan
B - Sekolah Rendah Kerajaan
A - Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu)
1001 - Turutan Nombor (berbeza bagi setiap sekolah)

Maksud bagi kod-kod yang lain:

NBB
N - Negeri Sembilan
B - Sekolah Rendah Kerajaan
B - Bahasa Pengantar (Bahasa Inggeris)
NBC
N - Negeri Sembilan
B - Sekolah Rendah Kerajaan
C - Bahasa Pengantar (Bahasa Cina)
NBD
N - Negeri Sembilan
B - Sekolah Rendah Kerajaan
D - Bahasa Pengantar (Tamil)
NBE
N - Negeri Sembilan
B - Sekolah Rendah Kerajaan
E - Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
NEA
N - Negeri Sembilan
E - Sekolah Menengah Kerajaan
A - Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu)
NEB
N - Negeri Sembilan
E - Sekolah Menengah Kerajaan
B - Bahasa Pengantar (Bahasa Inggeris)
NEE
N - Negeri Sembilan
E - Sekolah Menengah Kerajaan
E - Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

DIPETIK DARIPADA PORTAL RASMI JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

SMK LUI BARAT --> NEA6006

Hari ICT Negeri Sembilan 2010



HARI ICT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menganjurkan Hari ICT Negeri Sembilan Tahun 2010. Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 29 April 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Rantau
Perasmian oleh :
Y.A.B Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan)

Orang ramai dijemput hadir ke program ini. Pelbagai pameran dan aktiviti bakal disediakan untuk para pengunjung. Sekolah digalakkan menghantar pelajar-pelajar mengunjungi program ini.

Kebenaran Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010

Sukacita dimaklumkan cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010 bagi SMK Lui Barat adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh Cuti Dikehendaki : 13 September 2010 (Isnin)
Tarikh Ganti : 8 Mei 2010 (Sabtu)

Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Sembilan melalui mesyuarat Exco telah memutuskan bahawa Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan dinaik taraf sebagai acara tahunan kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, hasrat murni Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan amat tinggi untuk berjumpa dengan seluruh warga guru sebagai keprihatinan Y.A.B terhadap bidang pendidikan Negeri Sembilan.

Perhimpunan tersebut berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Padang Majlis Perbandaran Seremban

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Monday, April 19, 2010

Suntikan Tetanus Pelajar Tingkatan 3 Tahun 2010







Suntikan Tetanus ialah suntikan yang diberikan kepada pelajar berusia 15 tahun iaitu pelajar tingkatan tiga bagi mengelakkan penyakit atau serangan kancing gigi terutamanya apabila ditimpa kemalangan.

Untuk tujuan tersebut pada 19 April 2010 sepasukan jururawat dari Klinik Kesihatan Jempol telah berkunjung ke SMK Lui Barat untuk memberi suntikan berkenaan kepada pelajar tingkatan tiga sekolah ini. Kesemua 164 pelajar dari tujuh buah kelas telah diberikan suntikan tersebut. Ada di antara pelajar ini yang agak takut untuk disuntik dan ada juga yang menjerit dan menangis terutama dalam kalangan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun keadaan tersebut dapat di atasi oleh jururawat-jururawat yang berpengalaman yang sentiasa tersenyum dengan kerenah pelajar-pelajar ini. Ada juga dalam kalangan pelajar-pelajar lelaki yang nampak macam otai tetapi takut untuk disuntik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Jempol di atas perkhidmatan yang diberikan. Kepada para pelajar, biar sakit sikit dahulu supaya kita tidak menghadapi sakit yang lebih perit lagi pada masa akan datang hanya kerana takut dengan jarum yang halus.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Makluman Aktiviti Regangan




Bermula pada bulan Mei 2010 ini, perubahan dalam perhimpunan pagi akan dilaksanakan di SMK Lui Barat.

Aktiviti yang akan dilakukan adalah:

Aktiviti : Aktiviti Regangan
Hari : Selasa dan Khamis ( 2 Minggu sekali)
Masa : 7.20 a.m. hingga 7.30 a.m (10 minit)

Aktiviti ini melibatkan semua pelajar dan guru.

Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Daerah Jempol telah diadakan pada 12April hingga 15 April 2010 di Jeram Kampung Serting Ulu. Pada perkhemahan tersebut SMK Lui Barat telah mendapat tempat ke 3 dalam aktiviti Kawat Operasi Campuran. Peserta yang terlibat ialah:

1. Rahmah bt Wan Garip (5 Sains 3)
2. Siti Nuur Soleha bt Tuah (4 Sains 2)
3. Sukinah bt Abdul Karim (4 Sains 1)
4. Muhamad Syukri bin Ariffin (4 Sains 1)
5. Anbarasan a/l Mariappan (5 SRT)
6. Abdul Munir bin Abdul Rahim (3 Arif)

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat.

Guru Bertugas Minggu ini

19 – 23 APRIL 2010

1. En. Hamdan bin Abd Ghani
2. Pn. Sanisah bt Ayon
3. En. Mohd Razi bin Mohd Ali
4. Pn. Siti Hasiah bt Mangkat
5. Pn. Norazlinda bt Ibrahim

Sunday, April 18, 2010

Program Semaian Kecemerlangan Asrama 2010

Pada tahun 2010 ini pihak asrama telah merancang Program Semaian Kecemerlangan yang melibatkan semua penghuni asrama kecuali pelajar Pusat Pembelajaran Sains (PPS).

Program ini adalah kesinambungan daripada kelas persediaan petang dan malam yang diikuti oleh semua penghuni asrama. Selama ini kelas persediaan pelajar hanya dipantau oleh warden asama tetapi apabila program ini mula dilaksanakan pada 19 April, kelas persediaan petang dan malam mereka akan ditemani oleh guru-guru pembimbing dalam kalangan guru-guru SMK Lui Barat yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan guru-guru bujang. Walau bagaimana guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan PPS tidak terlibat.

Kelas PPS terkecuali dalam program ini kerana mereka mengikuti kelas tambahan wajib petang dan malam yang telah disusun oleh jawatankuasa PPS khusus untuk mata pelajaran Sains Tulen, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Mesyuarat dan taklimat kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini telahpun diadakan pada 14 April 2010. Taklimat kepada penghuni asrama pula telah disampaikan oleh En. Mohd. Hazizi bin Saribin selaku ketua warden pada malam 15 April 2010.

Tempat persediaan belajar pula semuanya telah dipindahkan ke tingkat 3 blok B. Untuk kelas persediaan malam hanya kelas PMR, SPM dan STPM sahaja yang terlibat. Tingkatan 1,2 dan 4 'prep' di asrama.

Semoga objektif program ini tercapai iaitu untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar asrama seterusnya meningkatkan peratus pencapaian PMR, SPM dan STPM sekolah.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Friday, April 16, 2010

Jom Kemas Diri - Pemeriksaan 'Pencil Box'

Pada 14 April 2010 pihak disiplin telah menjalankan pemeriksaan 'pencil box' pelajar secara menyeluruh sebagai satu tindakan berterusan program Jom Kemas Diri. Pemeriksaan melibatkan sebahagian besar tenaga guru dan pengawas.

Di sekolah pelajar sering mengadu peralatan menulis mereka sering diambil oleh pelajar lain. Terdapat juga aduan dari guru pelajar yang seolah-olah tidak mahu belajar kerana tidak memiliki peralatan menulis yang mencukupi. Kadang kala tindakan mereka yang sering meminjam peralatan daripada rakan kelas yang lain mengganggu PnP di kelas.

Sehubungan itu pihak disiplin telah menjalankan pemeriksaan berkaitan bagi memastikan semua pelajar mempunyai peralatan menulis yang mencukup agar mereka benar-benar bersedia untuk berada dan belajar di dalam kelas.

Hasil pemeriksaan menunjukkan hampir kesemua pelajar perempuan menepati syarat. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar lelaki yang tidak lengkap peralatan menulis.

Semoga pemeriksaan yang dijalankan dapat menambahkan peratusan pelajar membawa peralatan menulis mencukupi ke sekolah seterusnya gangguan-gangguan pinjam meminjam dan kecurian pen, pemadam dan sebagainya di kelas dapat dikurangkan.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Ceramah Motivasi - Sains Dan Al-Quran







Pada 16 April 2010 Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Arip Bin Kosma dari UKM untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Sains Dalam Al-Quran.

Ceramah yang banyak menyentuh tentang kejadian-kejadian alam yang sering dikaitkan dengan Al-Quran ini melibatkan semua pelajar Pusat Pembelajaran Sains (PPS) SMK Lui Barat dan pelajar tingkatan 3AA. Ramai pelajar amat teruja dengan apa yang disampaikan oleh penceamah ini melalui kajian-kajian yang dibuat oleh beliau sendiri.

Semoga pelajar-pelajar sains lebih dapat merasa kehebatan dan kebesaran Allah melalui apa yang mereka dalami dalam bidang ini lebih-lebih lagi setelah apa yang disampaikan oleh Tuan Profesor sememangnya telah membuka mata para pendengar betapa Al-Quran sememangnya mendahului sains dan ilmuan Islam sememangnya lebih hebat dari cerdik pandai negara barat.

Semoga program dan ceramah ini memberi impak yang besar kepada pelajar PPS.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tuesday, April 13, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

12 – 16 APRIL 2010

1. PN SALINAH BT SELAMAT
2. EN HAIROLNIZAM BIN HASSAN
3. EN MOHD RAZALI BIN ISMAIL
4. EN MD ZAN BIN MOHD ZAIN
5. PN ZAWIYAH BT URUSLI

Sunday, April 11, 2010

"Spot Check' Disiplin

Pada 7 dan 9 April 2010 yang lalu pihak disiplin telah menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap pelajar tingkatan 4 (7hb) dan pelajar perempuan tingkatan 2 (9hb) iaitu hari Rabu dan Jumaat di Dataran Perhimpunan. Pemeriksaan dilaksanakan setelah sebagai satu program mingguan dan bulanan berterusan kesinambungan daripada program Jom Kemas Diri yang dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Januari.

Program ini dilaksanakan bagi mengingatkan pelajar bahawa pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap semua kes-kes disiplin walaupun kes yang kecil seperti membawa 'make-up', telefon bimbit, senjata kecil yang tajam, 'liquid paper', sorok rokok di dalam beg, buku teks tidak dibalut, membawa pemetik api dan sebagainya.

Pemeriksaan juga akan dijalankan sekiranya pihak disiplin mendapat aduan. Semoga pemeriksaan yang dijalankan secara mengejut ini mengurangkan masalah disiplin di sekolah seterusnya membentuk pelajar dengan penampilan yang kemas dan bersedia untuk proses pembelajaran di kelas.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Thursday, April 8, 2010

Sekitar Majlis Pelancaran Jalur Lebar REDtone
















Pada 6 April 2010 Majlis Pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar untuk SMK Lui Barat telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim. Majlis yang penuh gemilang dengan warna merah tersebut dilancarkan secara besar-besaran oleh pihak REDtone dengan kehadiran lapisan pelbagai masyarakat dan termasuk kakitangan kerajaan terutama yang terlibat dengan pendidikan.

Pelajar asrama SMKLB tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga dalam melancarkan perjalanan majlis tersebut. Antaranya sebagai pengibar bendera menyambut tetamu kehormat, pelayan dan penanggah jamuan, membantu urusetia, menyusun dan mengemas dewan dan mengindahkan sekolah. Yang paling menarik ialah sebagai pelakon dalam klip video pengenalan REDtone. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas tenaga yang disumbangkan oleh pelajar asrama walaupun penganjur majlis adalah REDtone sendiri. Semoga perkhidmatan REDtone ini memberi manfaat kepada warga SMK Lui Barat.

Untuk melihat lebih banyak gambar sepanjang majlis berlangsung, layarilah laman facebook Smk Lui Barat dan laman web www.smkluibarat.com/hem

Program Menjana Generasi Impian – Curahan Kasih 2010











Pada 30 Mac 2010 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Menjana Generasi Impian – Curahan Kasih 2010 yang melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas bersama ibubapa mereka. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu Encik Baharin bin Sabar dan Encik Mohd Salim.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar betapa ibubapa amat menyayangi mereka dan ingin melihat kejayaan mereka dalam SPM dan STPM. Program berakhir pada jam 2.00 petang. Semoga program ini mampu mengubah pelajar SPM dan STPM SMK Lui Barat menjadi anak yang amat menghargai kedua ibu bapa mereka.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Redtone Untuk SMKLB







Majlis Pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Redtone Untuk SMK Lui Barat oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri KPKK di Jempol, Negeri Sembilan pada 6 April 2010.

138 Pejabat Penerangan Akan Dibekalkan Dengan Peralatan Jalur Lebar

JEMPOL, 6 April (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menggariskan jadual spesifik berhubung tempat-tempat yang akan disediakan perkhidmatan jalur lebar bagi kemudahan orang ramai.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lokasi yang dikenal pasti ialah tempat-tempat yang sering dikunjungi masyarakat.

"Sebanyak 138 pejabat Penerangan akan dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan peralatan jalur lebar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan jalur lebar oleh REDtone International Bhd di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dekat sini Selasa.

Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata selama ini pejabat Penerangan jarang dikunjungi orang ramai kerana hanya menyediakan akhbar dan majalah, sedangkan generasi sekarang perlu bimbingan dan kemudahan jalur lebar.

Katanya kira-kira RM1 bilion diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan komputer dan jalur lebar di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara, badan bukan kerajaan, persatuan belia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK); badan budaya; kawasan Felda, kampung tradisional, kampung baru dan ladang.

"Agihan komputer itu dijangka selesai menjelang hujung tahun, maka penjurusan dan penembusan kita menerusi jalur lebar akan melebihi tahap 50 peratus berbanding 34 peratus pada hari ini," katanya.

Mengenai pembinaan menara jalur lebar, beliau berkata kementerian meminta kerajaan negeri menimbang semula syarat-syarat yang selama ini telah menghindarkan kesegeraan menyediakan perkhidmatan jalur lebar.

"Maksud saya ada kerajaan negeri menggunakan yuran yang terlalu tinggi dan mengenakan syarat-syarat yang bukan-bukan terhadap SKMM sehingga SKMM tidak dapat membina menara tersebut atau meletakkan pemancarnya di bangunan tertentu.

"Saya telah mengemukakan nota kepada kerajaan supaya majlis atau mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat menimbangkan isu ini secara spesifik," katanya.

Katanya beliau juga telah meminta kerajaan negeri menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewujudkan undang-undang kecil berhubung dengan jalur lebar.


-- BERNAMA

Tuesday, April 6, 2010

Perkhidmatan Jalur Lebar




Tahniah kepada SMK Lui Barat kerana telah dipilih sebagai sekolah angkat untuk perkhidmatan jalur lebar yang ditaja oleh Syarikat REDtone International Sdn. Bhd. Perkhidmatan ini telah mula dipakai oleh warga sekolah sejak November 2009. Majlis pelancarannya pula telah disempurnakan oleh Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudanyaan iaitu Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 6 April 2010. Tahniah SMK Lui Barat

Monday, April 5, 2010

Jemputan Pelancaran Jalur Lebar REDtone



Temuramah TV9




Temuramah Oleh Wartawan TV9 pada 02.04.2010 hari Jumaat.Temuramah ini dilakukan sempena program jalur lebar yang disumbangkan oleh sebuah syarikat yang bernama REDtone yang akan dirasmikan pada 06.04.2010 oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Untuk melihat rakaman video, layarilah laman facebook Smk Lui Barat.

Sekitar Aktiviti Sukan Sekolah





Terima Kasih Kepada Semua Warga SMKLB diatas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan aktiviti Kejohanan Olaharaga Sukan Sekolah untuk tahun 2010.






wajah hari sukan sekolah untuk tahun 2010 pada 1 dan 2 April 2010. kejohanan olahraga kali ke-22 tahun 2010. perasmian penutup oleh YB Dato' Zainal Abidin B. Hj. Ahmad YDP PIBG SMK Lui Barat

Untuk melihat koleksi gambar aktiviti yang lain, lawatilah laman Facebook Sekolah (Smk Lui Barat)

Tayangan Gambar