Sunday, April 18, 2010

Program Semaian Kecemerlangan Asrama 2010

Pada tahun 2010 ini pihak asrama telah merancang Program Semaian Kecemerlangan yang melibatkan semua penghuni asrama kecuali pelajar Pusat Pembelajaran Sains (PPS).

Program ini adalah kesinambungan daripada kelas persediaan petang dan malam yang diikuti oleh semua penghuni asrama. Selama ini kelas persediaan pelajar hanya dipantau oleh warden asama tetapi apabila program ini mula dilaksanakan pada 19 April, kelas persediaan petang dan malam mereka akan ditemani oleh guru-guru pembimbing dalam kalangan guru-guru SMK Lui Barat yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan guru-guru bujang. Walau bagaimana guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan PPS tidak terlibat.

Kelas PPS terkecuali dalam program ini kerana mereka mengikuti kelas tambahan wajib petang dan malam yang telah disusun oleh jawatankuasa PPS khusus untuk mata pelajaran Sains Tulen, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Mesyuarat dan taklimat kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini telahpun diadakan pada 14 April 2010. Taklimat kepada penghuni asrama pula telah disampaikan oleh En. Mohd. Hazizi bin Saribin selaku ketua warden pada malam 15 April 2010.

Tempat persediaan belajar pula semuanya telah dipindahkan ke tingkat 3 blok B. Untuk kelas persediaan malam hanya kelas PMR, SPM dan STPM sahaja yang terlibat. Tingkatan 1,2 dan 4 'prep' di asrama.

Semoga objektif program ini tercapai iaitu untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar asrama seterusnya meningkatkan peratus pencapaian PMR, SPM dan STPM sekolah.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar