Monday, April 19, 2010

Suntikan Tetanus Pelajar Tingkatan 3 Tahun 2010







Suntikan Tetanus ialah suntikan yang diberikan kepada pelajar berusia 15 tahun iaitu pelajar tingkatan tiga bagi mengelakkan penyakit atau serangan kancing gigi terutamanya apabila ditimpa kemalangan.

Untuk tujuan tersebut pada 19 April 2010 sepasukan jururawat dari Klinik Kesihatan Jempol telah berkunjung ke SMK Lui Barat untuk memberi suntikan berkenaan kepada pelajar tingkatan tiga sekolah ini. Kesemua 164 pelajar dari tujuh buah kelas telah diberikan suntikan tersebut. Ada di antara pelajar ini yang agak takut untuk disuntik dan ada juga yang menjerit dan menangis terutama dalam kalangan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun keadaan tersebut dapat di atasi oleh jururawat-jururawat yang berpengalaman yang sentiasa tersenyum dengan kerenah pelajar-pelajar ini. Ada juga dalam kalangan pelajar-pelajar lelaki yang nampak macam otai tetapi takut untuk disuntik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Jempol di atas perkhidmatan yang diberikan. Kepada para pelajar, biar sakit sikit dahulu supaya kita tidak menghadapi sakit yang lebih perit lagi pada masa akan datang hanya kerana takut dengan jarum yang halus.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar