Friday, April 16, 2010

Jom Kemas Diri - Pemeriksaan 'Pencil Box'

Pada 14 April 2010 pihak disiplin telah menjalankan pemeriksaan 'pencil box' pelajar secara menyeluruh sebagai satu tindakan berterusan program Jom Kemas Diri. Pemeriksaan melibatkan sebahagian besar tenaga guru dan pengawas.

Di sekolah pelajar sering mengadu peralatan menulis mereka sering diambil oleh pelajar lain. Terdapat juga aduan dari guru pelajar yang seolah-olah tidak mahu belajar kerana tidak memiliki peralatan menulis yang mencukupi. Kadang kala tindakan mereka yang sering meminjam peralatan daripada rakan kelas yang lain mengganggu PnP di kelas.

Sehubungan itu pihak disiplin telah menjalankan pemeriksaan berkaitan bagi memastikan semua pelajar mempunyai peralatan menulis yang mencukup agar mereka benar-benar bersedia untuk berada dan belajar di dalam kelas.

Hasil pemeriksaan menunjukkan hampir kesemua pelajar perempuan menepati syarat. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar lelaki yang tidak lengkap peralatan menulis.

Semoga pemeriksaan yang dijalankan dapat menambahkan peratusan pelajar membawa peralatan menulis mencukupi ke sekolah seterusnya gangguan-gangguan pinjam meminjam dan kecurian pen, pemadam dan sebagainya di kelas dapat dikurangkan.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar