Monday, March 29, 2010

Jom Sertai Facebook SMK Lui Barat


Kini anda boleh melayari Facebook Rasmi SMK Lui Barat.
Anda boleh menjadi rakan facebook sekolah dengan email smklb08@yahoo.com

Guru Bertugas Minggu ini

29 MAC – 2 APRIL 2010


1. Pn Asotha a/p s.p.murugapan
2. En. Moh Azmi bin Hj Abu Zarin
3. Cik Rohana bt Jaalam
4. En. Lee Hong Huat
5. Cik Mastura bt Mohd Mokhtar

Friday, March 26, 2010

Pelancaran Jalur Lebar REDtone

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar REDtone di SMK Lui Barat



Dirasmikan oleh:
YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Tarikh:
6hb April 2010

Hari:
Selasa

Dijemput semua warga SMK Lui Barat dan ibu bapa untuk hadir ke majlis pelancaran ini.

Wednesday, March 24, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA


KEJOHANAN OLAHRAGA SMK LUIBARAT 2010 KALI KE 22

DIRASMIKAN OLEH:
TUAN PENGETUA (PN HJH MAIMON BT ABDULLAH)

TEMPAT:
PADANG SMK LUI BARAT

TARIKH :
1 APRIL 2010 (KHAMIS)
2.30 PETANG – 6.30 PETANG

TARIKH:
2 APRIL 2010 (JUMAAT)
7.30 PAGI – 10.30 PAGI

MATLAMAT:
• Melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan berdaya saing
• Memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar pertandingan serta sedikit sebanyak pengetahuan seperti undang-undang dan aspek teknikal dan taktikal pertandingan
• Mencungkil bakat pelajar untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah
• Mempelbagaikan program dalam aktiviti kokurikulum


OBEJKTIF

• Melengkapkan pelajar dengan pengalaman mengelola dan mentadbir serta mengikuti sesuatu pertandingan
• Pengukuhan dan penggayaan perkara yang dipelajari dan perluasan pengalaman pelajar dalam sukan yang dipertandingkan
• Mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar dan membina daya tahan fizikal dan mental dalam pembentukan sahsiah dan konsep kendiri pelajar sewarktu pertandingan
• Merealisasikan hasrat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Pekeliling Sukan, Pelaksanaan Aktiviti Sukan Sepanjang Tahun (KPPM/12 bertarikh 27/8/1999)
• Membina tahap keyakinan diri dan mental sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan
• Menguji tahap kemajuan kemahiran olaharaga pelajar
• Menguji tahap keberkesanan kendalian latihan
• Menguji kemampuan sekolah dalam mengendalikan sesuatu pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi
• Mengesan bakat pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
• Memilih pelajar ke kejohanan olahraga MSSD, MSS Negeri dan MSSM

SUKANTARA 2010

JADUAL SUKANTARA 2010

TARIKH: 30 MAC 2010 (SELASA)

3.00 – 4.00 PETANG
RUMAH BIRU : 100 METER
RUMAH MERAH : LOMPAT JAUH
RUMAH KUNING : 400 METER
RUMAH HIJAU : LONTAR PELURU

4.00 – 5.00 PETANG
RUMAH BIRU : LOMPAT JAUH
RUMAH MERAH : 400 METER
RUMAH KUNING : LONTAR PELURU
RUMAH HIJAU : 100 METER


TARIKH: 31 MAC 2010 (RABU)

3.00 – 4.00 PETANG
RUMAH BIRU : 400 METER
RUMAH MERAH : LONTAR PELURU
RUMAH KUNING : 100 METER
RUMAH HIJAU : LOMPAT JAUH

4.00 – 5.00 PETANG
RUMAH BIRU : LONTAR PELURU
RUMAH MERAH : 100 METER
RUMAH KUNING : LOMPAT JAUH
RUMAH HIJAU : 400 METER

•Sila ikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan pelajar mendapatkan bas luar sebelum jam 6.00 petang. Harap Maklum.

JADUAL TUGAS SUKANTARA 2010

BIRU
EN MUHAMMAD NAZRI BAHARUDDIN
CIK NURHAZILA BT MOHD NOR

MERAH
EN MOHD SHAHRIL B SAARI
CIK MASTURA BT MOHD MUKHTAR

KUNING
EN MOHD HAFIZ SABARANI
CIK NORHAZRINA BT IBRAHIM

HIJAU
EN MOHD NURISMAN B HUSSIN
PN NORAZLINDA BT IBRAHIM

Tuesday, March 23, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK LUI BARAT KLAI KE 23 SESI 2010/2011

TARIKH:
25 MAC 2010

HARI:
KHAMIS

MASA:
2.30 PETANG


Ibu bapa dialu-alukan untuk datang ke Mesyuarat Agung PIBG ini

Monday, March 22, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

LoveMyProfile.com

22 – 26 MAC 2010

1. EN. AZIZUL BIN MOHD ISA
2. EN. ZAID BIN MD ISA
3. EN. RAMANATHAN A/L PANNIT SELVAM
4. PN WAN SOZAINI BT WAN MD ZAIN
5. CIK NOR ASHIKIN BT SHAHABUDIN
6. PN ROBIAH BT NORDIN

Tuesday, March 9, 2010

Kempen Menabung LUTH







Pada hari ini pihak Lembaga Urusan Dan Tabung Haji telah datang ke SMK Lui Barat untuk membuka kaunter membuka akaun baru kepada pelajar. Pegawai mereka bersama pembantunya telah sampai ke sini pada jam 9.50 pagi. Pihak sekolah telah menyusun pergerakan pelajar ke kaunter tersebut iaitu menengah rendah boleh mengunjungi kaunter tersebut dari jam 10.00 pagi hingga 10.50 pagi dan bagi menengah atas dari jam 11.00 pagi hingga 11.50 pagi.

Menurut pegawai LUTH sambutan kurang menggalakkan dari pelajar. Mungkin disebabkan ramai yang telah membuka akaun tersebut dan ramai juga tidak memahami lagi konsep tabung haji ini dan mungkin ada yang tidak berminat dan tidak mempunyai kesedaran untuk menabung dan bercita-cita menunaikan fardu haji ke Mekah.

Semoga kita bersedia dari awal dan mempunyai cita-cita untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Monday, March 8, 2010

Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2010




Pada 8 Mac 2010 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar bagi tahun 2010 telah diadakan di Dataran Perhimpunan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Asnawi bin Mohd Nor iaitu Pegawai Penyiasat Trafik PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol yang juga merangkap Pegawai Perhubungan PDRM SMK Lui Barat.

Seramai 50 pemimpin pelajar telah dilantik setelah ditemuduga dan dicadangkan oleh guru kelas masing-masing. Ada juga di kalangan yang terpilih dicadangkan oleh pihak disiplin sendiri berdasarkan rekod prestasi mereka semasa menjadi pengawas pada tahun 2009.

Penyerahan watikah tersebut didahului oleh Mohd Fakhrullrazi dari 5Sains1 sebagai Ketua Pemimpin Pelajar dan Norhabibah Binti Tasna dari 5Sains3 sebagai Penolong Ketua Pemimpin Pelajar.

Majlis telah diakhiri dengan bacaan Ikrar beramai-ramai oleh pengawas yang diketuai oleh Ketua Pemimpin Pelajar yang baru.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Guru Bertugas Minggu ini

8hb - 12hb MAC 2010

1. En Abdul Halim bin Abu Bakar (Ketua)
2. En Khairul Fahmy bin Yaacob
3. Cik Nor Zilawati bt Abdul Rahim
4. Cik Nor Basariah bt Mat Repin
5. En. Mohd Shahril bin Shaari

Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulidur Rasul di SMK Lui Barat









Menjana Ukhuwah Memperkasa Ummah.

Begitulah tema Maulidur Rasul pada tahun ini yang telah disambut oleh warga SMK Lui Barat pada 5 Mac yang lalu. Sambutan pada pagi itu telah dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna oleh warga SMK Lui barat dan disusuli dengan taklimat perarakan oleh Ustaz Khairul Azua Abu Zarin selaku penyelaras program.

Perarakan pada tahun ini didahului oleh kumpulan nasyid An-Nadwan dan diikuti oleh pelajar lelaki dan diikuti kumpulan selawat oleh Cikgu Aziz dan diikuti oleh pelajar dan guru perempuan.

Program dihangatkan lagi oleh ceramah yang disampaikan oleh Imam Masjid Jamek Johol.
Kumpulan Nasyid An-Nadwan menghiburkan warga SMK Lui Barat dengan alunan qasidah dan nasyid.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk, buku skrap Rasulullah dan pertandingan mencipta sajak bertemakan Rasulullah. Semoga kita menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai Idola dan menghangatkan kehidupan dengan sunnahnya.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Thursday, March 4, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010



Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pesta ini yang akan diadakan pada:

TARIKH : 19 - 28 MAC 2010
TEMPAT : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR
MASA : ISNIN - KHAMIS (10.00 PAGI - 8.00 MALAM)
JUMAAT - AHAD (10.00 PAGI - 9.00 MALAM)



Sahutlah kempen kerajaan "BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"



Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web di bawah:

Klik Sini
Klik Sini

Tuesday, March 2, 2010

Rawatan Gigi Klinik Kesihatan

Pada hari ini pasukan pergigian dari Klinik pergigian Kesihatan Jempol telah datang ke sekolah menghantar peralatan dan perkakasan untuk menjalankan rawatan gigi kepada pelajar SMK Lui Barat pada tahun ini.

Menurut jurucakap pasukan tersebut iaitu En. Mohd Aidil, pasukan tersebut akan berada di SMK Lui Barat selama satu bulan iaitu sehinga akhir bulan Mac. Bilik Rawatan sekolah ini telah dijadikan tempat untuk menjalankan rawatan dan pemeriksaan. Rawatan akan bermula pada 3 Mac ini. Pelajar akan menjalankan pemeriksaan gigi mengikut kelas.

Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Jempol. Semoga rawatan yang diberikan akan dapat menyerikan wajah-wajah anak-anak di SMK Lui Barat ini dan memberikan senyuman yang menarik.

GIGI SIHAT SENYUMAN MEMIKAT

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Monday, March 1, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

1hb - 5hb Mac 2010

1. En. Ahmad Shaifullah bin Mohamad
2. En. Kamarul Zaman bin Jaafar
3. Pn. Noreta binti Che Said
4. Pn. zuraidah binti Abd Rahim
5. Nurul Hafizah binti Abdullah

Tayangan Gambar