Monday, March 8, 2010

Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2010




Pada 8 Mac 2010 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar bagi tahun 2010 telah diadakan di Dataran Perhimpunan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Asnawi bin Mohd Nor iaitu Pegawai Penyiasat Trafik PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol yang juga merangkap Pegawai Perhubungan PDRM SMK Lui Barat.

Seramai 50 pemimpin pelajar telah dilantik setelah ditemuduga dan dicadangkan oleh guru kelas masing-masing. Ada juga di kalangan yang terpilih dicadangkan oleh pihak disiplin sendiri berdasarkan rekod prestasi mereka semasa menjadi pengawas pada tahun 2009.

Penyerahan watikah tersebut didahului oleh Mohd Fakhrullrazi dari 5Sains1 sebagai Ketua Pemimpin Pelajar dan Norhabibah Binti Tasna dari 5Sains3 sebagai Penolong Ketua Pemimpin Pelajar.

Majlis telah diakhiri dengan bacaan Ikrar beramai-ramai oleh pengawas yang diketuai oleh Ketua Pemimpin Pelajar yang baru.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar