Wednesday, March 24, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA


KEJOHANAN OLAHRAGA SMK LUIBARAT 2010 KALI KE 22

DIRASMIKAN OLEH:
TUAN PENGETUA (PN HJH MAIMON BT ABDULLAH)

TEMPAT:
PADANG SMK LUI BARAT

TARIKH :
1 APRIL 2010 (KHAMIS)
2.30 PETANG – 6.30 PETANG

TARIKH:
2 APRIL 2010 (JUMAAT)
7.30 PAGI – 10.30 PAGI

MATLAMAT:
• Melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan berdaya saing
• Memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar pertandingan serta sedikit sebanyak pengetahuan seperti undang-undang dan aspek teknikal dan taktikal pertandingan
• Mencungkil bakat pelajar untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah
• Mempelbagaikan program dalam aktiviti kokurikulum


OBEJKTIF

• Melengkapkan pelajar dengan pengalaman mengelola dan mentadbir serta mengikuti sesuatu pertandingan
• Pengukuhan dan penggayaan perkara yang dipelajari dan perluasan pengalaman pelajar dalam sukan yang dipertandingkan
• Mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar dan membina daya tahan fizikal dan mental dalam pembentukan sahsiah dan konsep kendiri pelajar sewarktu pertandingan
• Merealisasikan hasrat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Pekeliling Sukan, Pelaksanaan Aktiviti Sukan Sepanjang Tahun (KPPM/12 bertarikh 27/8/1999)
• Membina tahap keyakinan diri dan mental sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan
• Menguji tahap kemajuan kemahiran olaharaga pelajar
• Menguji tahap keberkesanan kendalian latihan
• Menguji kemampuan sekolah dalam mengendalikan sesuatu pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi
• Mengesan bakat pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
• Memilih pelajar ke kejohanan olahraga MSSD, MSS Negeri dan MSSM

Tayangan Gambar