Tuesday, March 2, 2010

Rawatan Gigi Klinik Kesihatan

Pada hari ini pasukan pergigian dari Klinik pergigian Kesihatan Jempol telah datang ke sekolah menghantar peralatan dan perkakasan untuk menjalankan rawatan gigi kepada pelajar SMK Lui Barat pada tahun ini.

Menurut jurucakap pasukan tersebut iaitu En. Mohd Aidil, pasukan tersebut akan berada di SMK Lui Barat selama satu bulan iaitu sehinga akhir bulan Mac. Bilik Rawatan sekolah ini telah dijadikan tempat untuk menjalankan rawatan dan pemeriksaan. Rawatan akan bermula pada 3 Mac ini. Pelajar akan menjalankan pemeriksaan gigi mengikut kelas.

Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Jempol. Semoga rawatan yang diberikan akan dapat menyerikan wajah-wajah anak-anak di SMK Lui Barat ini dan memberikan senyuman yang menarik.

GIGI SIHAT SENYUMAN MEMIKAT

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar