Tuesday, March 9, 2010

Kempen Menabung LUTH







Pada hari ini pihak Lembaga Urusan Dan Tabung Haji telah datang ke SMK Lui Barat untuk membuka kaunter membuka akaun baru kepada pelajar. Pegawai mereka bersama pembantunya telah sampai ke sini pada jam 9.50 pagi. Pihak sekolah telah menyusun pergerakan pelajar ke kaunter tersebut iaitu menengah rendah boleh mengunjungi kaunter tersebut dari jam 10.00 pagi hingga 10.50 pagi dan bagi menengah atas dari jam 11.00 pagi hingga 11.50 pagi.

Menurut pegawai LUTH sambutan kurang menggalakkan dari pelajar. Mungkin disebabkan ramai yang telah membuka akaun tersebut dan ramai juga tidak memahami lagi konsep tabung haji ini dan mungkin ada yang tidak berminat dan tidak mempunyai kesedaran untuk menabung dan bercita-cita menunaikan fardu haji ke Mekah.

Semoga kita bersedia dari awal dan mempunyai cita-cita untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar