Thursday, May 27, 2010

REDtone di SMK Lui Barat

Monday, May 24, 2010

Guru Bertugas Minggu Ini

24 Mei 2010 - 28 Mei 2010

1. En. Norisman bin Hussin
2. En Jayasangar a/l Krishnan
3. Pn. Norashikin binti Shafie
4. Cik Yau Bee Bee
5. Pn. Asnatul Sima binti Aluwi
6. Cik Nor Shairah binti Ithnin
7. Cik Nurul Farain binti Ujang

Thursday, May 20, 2010

Program ICT Bersama Komuniti



Dengan sukacitanya, Unit ICT SMK Lui Barat dan kerjasama PIBG akan mengadakan Program ICT Bersama Komuniti (Peringkat Lui Barat dan Ayer Hitam) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 3.00pm - 5.00 pm
Tempat : Makmal Komputer SMK Lui Barat

Program ini adalah untuk ibu bapa / penjaga kepada pelajar SMK Lui Barat bagi mendedahkan kepentingan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Semua ibu bapa / penjaga adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir.

Tentatif Program:

2.45pm : Ketibaan jemputan ibu bapa / penjaga
3.00pm : Ceramah "Pengenalan Kepada Internet"
3.30pm : Aktiviti Melayari Internet (Bimbingan Fasilitator)
4.30pm : Jamuan Makan
5.00pm : Bersurai

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun



Peperiksaan Pertengahan Tahun SMK Lui Barat (20 Mei 2010 - 3 Jun 2010)

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar-pelajar SMK Lui Barat. Semoga Berjaya di dalam Peperiksaan yang dihadapi dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Muat Turun Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Tokoh Guru SMK Lui Barat

Sempena Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat SMK Lui Barat, penyampaian 5 anugerah untuk guru dan kakitangan sekolah telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan kakitangan yang telah terpilih pada tahun ini.


TOKOH AKADEMIK
En. Abd Aziz bin Othman


TOKOH GURU
En. Salleh bin Sabar



TOKOH KO-KURIKULUM
En. Affandi bin Abd Rahman

TOKOH HEM
Ustaz Amir Haszuwanni bin Md Yusof


TOKOH STAFF
Pn. Rohana binti Tamby

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Lui Barat

















Sambutan Hari Guru 2010 peringkat SMK Lui Barat telah diadakan pada 17 Mei 2010. Badan Pemimpin Pelajar telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sambutan ini. Menurut guru penyelarasnya En. Mohd. Shahril Shaari sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana sahaja bersesuaian dengan suasana ekonomi yan agak gawat pada tahun ini. Walau bagaimanapun sambutannya amat meriah kerana banyak pihak yang telah memberi sumbangan secara peribadi untuk menjayakan sambutan kali ini samada berupa wang ringgit, hadiah dan tenaga.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malayasia dan Ketua Pengarah Pelajaran malaysia, penyampaian anugerah guru, persembahan pelajar, futsal dan sukaneka yang melibatkan semua warga sekolah. Terdapat juga mini gerai jualan cenderahati untuk guru bagi memudahkan pelajar mendapat hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka.

Sambutan hari guru dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa" pada tahun ini diharap dapat memupuk semangat muhibbah 1Malaysia dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SMK Lui Barat khasnya di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/ oleh amirhaszuwanni

Guru Bertugas Minggu ini

17 - 21 Mei 2010

1. En. Zaharuddin bin Abd Rahman
2. Pn. Jaya Gowri a/p Thavamtoo
3. En. Mohd Hazizi bin Saribin
4. Pn. Amilinda bt Amsar
5. Cik Norhazila bt Mohd Nor

Monday, May 17, 2010

Gotong Royong Perdana Hari Guru 2010










Program Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru 2010 telah diadakan pada 15 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu yang melibatkan semua pelajar dan guru di sekitar kawasan sekolah.

Friday, May 14, 2010

Sambutan Hari Guru 2010




TEMA HARI GURU 2010

Guru Pembina Negara Bangsa


SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


SAMBUTAN HARI GURU

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39 Tahun 2010 akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

LAGU HARI GURU

Sila Klik

PERUTUSAN HARI GURU

Sila Klik

Tuesday, May 11, 2010

Senarai Nama Pelajar SPM 2009 yang ditawarkan ke Tingkatan 6

Sila klik link di bawah untuk melihat senarai nama pelajar SPM 2009 SMK Lui Barat yang ditawarkan ke Tingkatan 6.

Senarai Nama Pelajar Yang Ditawarkan ke Tingkatan 6

Semakan Keputusan ke Politeknik 2010




Lepasan SPM 2009 yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke Politeknik 2010 boleh membuat semakan mulai 8 Mei 2010 di laman web di bawah.
Sila Klik:
Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik 2010

Anda boleh membuat rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei 2010 sehingga
20 Mei 2010. Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 27 Mei 2010 sehingga 15 Julai 2010.
Anda dinasihatkan menyemak semula keputusan ini setiap hari Khamis dalam tempoh tersebut. Sekiranya masih tidak ditawarkan selepas 15 Julai 2010, bermakna permohonan anda pada sesi ini tidak berjaya.

Program 'Easy Solat - Unit Kebajikan SMK Lui Barat








Program 'easy solat' merupakan program yang menyedarkan pelajar betapa ibadat solat ini sesuatu ibadah yang senang dilakukan. Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2010bersamaan hari selasa melibatkan pelajar tingkatan 4B, 4C, 4LN dan 4SRT. Seramai 70 pelajar telah terlibat dalam program ini.

Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Mohsin dari Senawang. Program ini adalah anjuran Unit Kebajikan SMK Lui Barat. Menurut penyelarasnya Ustazah Zawiyah binti Urusli pelajar yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang tidak menguasai cara solat yang sempurna.Walaupun amali solat telah dijalankan di setiap kelas, program ini adalah diharap dapat menyedarkan pelajar tentang kepentingan solat dalam hidup mereka. Melalui ceramah yang disampaikan banyak perkara-perkara baru yang dapat menyedarkan pelajar tentang solat melalui sentuhan rohani dan pujukan yang disampaikan oleh penceramah. Semoga semua pelajar ini tersentuh hati mereka untuk istiqamah dalam solat.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/ oleh amirhaszuwanni

Monday, May 10, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

10 – 14 MEI 2010

EN MOHD AFFANDI BIN ABD RAHMAN
PN ANITA BINTI MOHAMAD ALI
PN INTHERANI A/P KARUPPIAH
EN MOHD ZAIDI BIN MAT RADEY
PN WAN NOORALTHUDA BT WAN YUSOFF

Pendaftaran Tingkatan Enam 2010








Hari ini 10 Mei bersamaan hari Isnin adalah hari pendaftaran masuk bagi pelajar tingkatan enam bagi tahun 2010. Seramai lebih 200 pelajar SPM 2009 telah ditawarkan kemasukan ke tingkatan enam SMK Lui Barat. Mereka adalah dalam kalangan pelajar SMK Lui Barat, SMK Seri Jempol dan SMK Serting Hilir Kompleks. Penerimaan pelajar baru tingkatan enam ini diadakan di dewan makan ssrama SMKLB.

Walau bagaimanpun pada hari ini hanya 30 sahaja yang datang mendaftar. Selebihnya mungkin mengikut PLKN, masih bekerja, masih belum menerima surat (sepatutnya dimuaturun daripada internet), tidak berminat dan tidak kurang juga ramai yang telah mendapat tawaran UiTM untuk menyambung pengajian peringkat diploma.

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka. Hari ini juga bermulanya minggu orientasi bagi pelajar ini. Antara pengisian program hari ini ialah taklimat pengenalan tingkatan enam oleh En. Abdul Aziz Othman selaku Penolong Kanan Tingkatan Enam dan dikuti ucapan selamat datang pengetua yang disampaikan oleh Ustaz Mamat Hasan selaku GPK Akademik dan Pentadbiran (pengetua berkursus). GPK HEM menyampaikan taklimat HEM bermula jam 12.15 dan diikuti taklimat SMM oleh En. Jayasangar selaku guru data pada jam 1.30 petang. Program Orientasi ini akan dilaksanakan sehingga hari Jumaat sebagai memberi panduan dan pengetahuan kepada pelajar tingkatan enam mengenai maklumat berkenaan dengan pengajian tingkatan enam mereka di sekolah ini.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/ oleh amirhaszuwanni

Monday, May 3, 2010

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA (Lepasan SPM)

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari 1 MEI 2010.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe. gov.my, http://jpt.utm. my, dan http://jpt.uum. edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um. edu.my/kemasukan, http://www.esmp. upm.edu.my/ tawaran, http://jpt.utm. my, http://iiu.edu. my/kemasukan/ tawaran.html, http://www.upsi. edu.my/tawaran, http://www.istudent .uitm.edu. my/intake, http://www.unimas. my/Kemasukan/ Program Asasi, http://www.webapp. uthm.edu. my/tawaran, http://www.umt. edu.my/tawaran. php, http://www.usim. edu.my/kemasukan /tawaran, http://www.utem. edu.my/kemasukan, http://www.ump. edu.my/kemasukan, http://www.unimap. edu.my/tawaran, http://www.udm. edu.my/tawaran atau http://www.upnm. edu.my/kemasukan /tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Unit Pusat Universiti
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Guru Bertugas Minggu ini

3 – 7 MEI 2010

1. CIK SHARIFAH NORAZA BINTI ZABALI
2. EN HUSSEIN ISLAM BIN ABDULLAH
3. PN MAHALASHMI A/P SOLAIMUTHU
4. EN KHAIRUL AZUA BIN ABU ZARIN
5. EN MUHAMAD HAFIZ BIN SABARANI

Tayangan Gambar