Friday, May 14, 2010

Sambutan Hari Guru 2010




TEMA HARI GURU 2010

Guru Pembina Negara Bangsa


SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


SAMBUTAN HARI GURU

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39 Tahun 2010 akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

LAGU HARI GURU

Sila Klik

PERUTUSAN HARI GURU

Sila Klik

Tayangan Gambar