Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Lui Barat

















Sambutan Hari Guru 2010 peringkat SMK Lui Barat telah diadakan pada 17 Mei 2010. Badan Pemimpin Pelajar telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sambutan ini. Menurut guru penyelarasnya En. Mohd. Shahril Shaari sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana sahaja bersesuaian dengan suasana ekonomi yan agak gawat pada tahun ini. Walau bagaimanapun sambutannya amat meriah kerana banyak pihak yang telah memberi sumbangan secara peribadi untuk menjayakan sambutan kali ini samada berupa wang ringgit, hadiah dan tenaga.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malayasia dan Ketua Pengarah Pelajaran malaysia, penyampaian anugerah guru, persembahan pelajar, futsal dan sukaneka yang melibatkan semua warga sekolah. Terdapat juga mini gerai jualan cenderahati untuk guru bagi memudahkan pelajar mendapat hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka.

Sambutan hari guru dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa" pada tahun ini diharap dapat memupuk semangat muhibbah 1Malaysia dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SMK Lui Barat khasnya di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/ oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar