Monday, May 10, 2010

Pendaftaran Tingkatan Enam 2010








Hari ini 10 Mei bersamaan hari Isnin adalah hari pendaftaran masuk bagi pelajar tingkatan enam bagi tahun 2010. Seramai lebih 200 pelajar SPM 2009 telah ditawarkan kemasukan ke tingkatan enam SMK Lui Barat. Mereka adalah dalam kalangan pelajar SMK Lui Barat, SMK Seri Jempol dan SMK Serting Hilir Kompleks. Penerimaan pelajar baru tingkatan enam ini diadakan di dewan makan ssrama SMKLB.

Walau bagaimanpun pada hari ini hanya 30 sahaja yang datang mendaftar. Selebihnya mungkin mengikut PLKN, masih bekerja, masih belum menerima surat (sepatutnya dimuaturun daripada internet), tidak berminat dan tidak kurang juga ramai yang telah mendapat tawaran UiTM untuk menyambung pengajian peringkat diploma.

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka. Hari ini juga bermulanya minggu orientasi bagi pelajar ini. Antara pengisian program hari ini ialah taklimat pengenalan tingkatan enam oleh En. Abdul Aziz Othman selaku Penolong Kanan Tingkatan Enam dan dikuti ucapan selamat datang pengetua yang disampaikan oleh Ustaz Mamat Hasan selaku GPK Akademik dan Pentadbiran (pengetua berkursus). GPK HEM menyampaikan taklimat HEM bermula jam 12.15 dan diikuti taklimat SMM oleh En. Jayasangar selaku guru data pada jam 1.30 petang. Program Orientasi ini akan dilaksanakan sehingga hari Jumaat sebagai memberi panduan dan pengetahuan kepada pelajar tingkatan enam mengenai maklumat berkenaan dengan pengajian tingkatan enam mereka di sekolah ini.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/ oleh amirhaszuwanni

Tayangan Gambar