
Dengan sukacitanya, Unit ICT SMK Lui Barat dan kerjasama PIBG akan mengadakan Program ICT Bersama Komuniti (Peringkat Lui Barat dan Ayer Hitam) pada ketetapan berikut :
Tarikh : 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 3.00pm - 5.00 pm
Tempat : Makmal Komputer SMK Lui Barat
Program ini adalah untuk ibu bapa / penjaga kepada pelajar SMK Lui Barat bagi mendedahkan kepentingan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Semua ibu bapa / penjaga adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir.
Tentatif Program:
2.45pm : Ketibaan jemputan ibu bapa / penjaga
3.00pm : Ceramah "Pengenalan Kepada Internet"
3.30pm : Aktiviti Melayari Internet (Bimbingan Fasilitator)
4.30pm : Jamuan Makan
5.00pm : Bersurai