Friday, February 26, 2010

Penyerahan Wang Saku Pelajar Bumiputera Asli

Pada 23 Feb 2010,Pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah telah menyerahkan wang saku untuk pelajar asli bagi tahun 2009 yang lalu. Sejumlah hampir RM1300 telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada pelajar asli. Pembahagian wang saku ini berdasarkan jumlah kehadiran pelajar asli ke sekolah sepanjang Januari hingga Jun 2009.

Ada wang saku telah dimasukkan ke dalam akaun dan ada yang akan diserahkan terus kepada pelajar. RM2 untuk sehari sekiranya pelajar hadir. Pada 24 Feb 2010 pula, Unit Kebajikan sekolah telahpun mengagihkan wang tersebut kepada pelajar asli.

Mereka kelihatan amat gembira menerima wang tersebut. Ada yang mendapat sehingga RM150. Harap disimpan untuk masa depan. Semoga pemberian wang saku ini akan menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar bumipetera asli ini untuk hadir ke sekolah. Satu hari RM2 kalau setahun sudah tentu hampir RM400.

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010/1431H

12 Rabiul Awal 1431H
26 Februari 2010 (Jumaat)


"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"

Majlis Bersama Pengetua Dengan Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 4PPS Tahun 2010

Tarikh : 25 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Lui Barat

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan alu-aluan pengerusia
2. Ucapan Pengurus FELDA / wakil
3. Penggunaan PPS
4. Taklimat asrama / Belajarlah Sayang PPS
5. Sesi dialog bersama Pengetua

Tuesday, February 23, 2010

Pemeriksaan Penguatkuasa Kesihatan Jempol

Satu pemeriksaan mengejut telah dilakukan oleh Unit Penguatkuasa Kesihatan Jempol terhadap kantin sekolah dan dewan makan asarama pada 23 Feb 2010 bermula jam 9.00pagi. Menurut jurucakap kesihatan, ini adalah pemeriksaan rutin tahunan yang pihak mereka lakukan. Cuma bermula tahun 2010 ini setiap kali pemeriksaan dilakukan pihak mereka akan terus mengambil sampel makanan untuk dianalisa kualiti makanan tersebut.

Pada hari ini beberapa sampel makanan dan minuman telah diambil seperti nasi lemak, sambal, mee goreng, air panas, laksa dan kuahnya serta mee tiau goreng. Semua sampel makanan tersebut telah dibawa ke Mentakab untuk dianalisa. Dalam pada itu En. Chong selaku ketua penguatkuasa tersebut juga membuat pemeriksaan ke seluruhan kawasan sekolah dan lebih fokus melihat kepada persekitaran kebersihan sekolah.

SEKOLAH SELAMAT PELAJAR SIHAT

Dipetik dari www.smkluibarat.com/hem oleh amirhaszuwanni

Monday, February 22, 2010

Membina Laman Blog

Pada 4 Mac 2010 hari Khamis yang akan datang, satu kursus membina laman blog yang dianjurkan oleh unit ICT Sekolah untuk semua guru Sek Men Keb Lui Barat akan diadakan di Makmal Komputer SMKLB. Kursus berkenaan akan disampaikan oleh fasi Schoolnet serta dibantu oleh beberapa guru ICT. Semua Guru Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Lagi Kursus Berkenaan.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghantarkan email ke admin@smkluibarat.com

Ujian selaras 1

Makluman kepada semua guru dan pelajar SMK Lui Barat,
Ujian Selaras 1
tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 10 dan 11 Mac 2010
Masa : 1 Jam
Jadual : akan diedarkan kemudian


SUPD SMK LUI BARAT

Guru Bertugas Minggu ini

22hb - 25hb Februari 2010

1. Pn. Anisah bt Razak
2. Pn. Julia Nor bt Abdul Jalil
3. Pn. Norhaslina bt Mat Isa
4. Pn. Yeap Hong Eng
5. En. Nor Fadli Ainin Zahrin bin Ab. Ghaffar
6. En. Zahari bin Wahab

Friday, February 19, 2010

Pertandingan tulis surat kepada PM dilanjut 19 Mac

PUTRAJAYA: Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan kepada 19 Mac bagi memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai yang ingin menyertainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar, berkata banyak rayuan dikemukakan oleh sekolah di seluruh negara yang meminta tarikh tutup pertandingan itu dilanjutkan.

"Kami masih dapat maklum balas yang menyatakan banyak lagi surat yang belum diserahkan kepada Pos Malaysia, jadi dengan rayuan begini eloklah untuk kami lanjutkan tarikh tutup pertandingan.

"Mungkin maklumat mengenainya lambat disampaikan di sekolah-sekolah, sebab itulah pada saat akhir masih ada banyak permintaan untuk menghantar surat-surat ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan surat buat Perdana Menteri kepada Pos Malaysia oleh sekolah di sekitar Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8, di sini hari ini.

Hampir 2,000 surat penyertaan daripada 20 sekolah menengah dan rendah di sekitar Putrajaya diserahkan kepada Pos Malaysia Berhad yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat, pada majlis itu.

Syed Faisal yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad berkata, pemenang pertandingan itu dijangka akan diketahui April nanti.

Katanya, pemenang akan diputusakan panel 10 juri yang terdiri daripada wakil Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran dan Pos Malaysia Berhad.

Beliau berkata, sehingga hari ini sambutan penyertaan amat menggalakkan dan membanggakan, di mana hampir 30,000 penyertaan diterima dari sekolah di seluruh negara, termasuk sekolah luar bandar.

Pertandingan yang dilancarkan pada 29 Disember tahun lalu itu dianjurkan bersama Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran.

Ia dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 29 Disember lalu dan terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara. - Bernama

Keputusan STPM 2009

Keputusan STPM 2009 Khamis depan


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada tarikh itu.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama

'Harapanku PadaMu' 12 Febuari 2010

Di dataran ilmu pelajar disajikan santapan minda & fikrah manakala di Surau Al-Abrar SMK Lui Barat program 'Harapanku PadaMu' diteruskan di bawah pimpinan Ustaz Khairul Azua bin Abu Zarin. Siri solat hajat ini melibatkan pelajar tingkatan lima sahaja sebagai satu doa agar Allah melembutkan hati mereka untuk menghampiriNya dan usaha melembutkan jiwa mereka dan dipermudahkan untuk menuntut ilmu. Hati yang suci mudah untuk menimba ilmu. Tanpa keredhaan Allah keberkatan belajar sukar diperolehi apatah lagi untuk mengingati ilmu tersebut.

Semoga program ini mendidik jiwa anak-anak didik SMK Lui Barat merasai tanpa Allah tiada kejayaan mengiringi kami.

http://www.smkluibarat.com/hem/news.php oleh Amirhaszuwanni

Segar Rohani dan Fikrah 12 Februari 2010

Program telah dimulakan dengan alunan qasidah ke 15 diringi kumpulan nasyid An-nadwan. Tazkirah kali ini pula disampaikan oleh Ustaz Mamat bin Hassan GPK 1 SMK Lui Barat. Antara intipati penyampaian beliau ialah kepentingan mengambil berat perkara-perkara sunat yang remeh temeh yang kurang diamalkan oleh masyarakat Islam kini.

Antara perkara tersebut ialah memotong kuku, mencukur bulu ari-ari, mengandam janggut atau misai, mecabut bulu ketiak dan berkhatan. Beliau juga menunjukkan cara-cara tersusun untuk memotong kuku tangan dan kaki mengikut tertib jari yang didahulukan dan jari yang patut dikemudiankan.

Semoga peringatan yang disampaikan akan dapat membina sahsiah anak-anak didik sekolah ini dan menjadikan mereka pelajar yang sentiasa mengamalkan sunnah dalam kehidupan.

http://www.smkluibarat.com/hem/news.php oleh Amirhaszuwanni

Disiplin: Jangan Berasmara Di Sekolah Anda pasti Dihukum.

Unit Disiplin telah mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak sekali-kali cuba untuk melakukan perbuatan sumbang terutama berasmara di kawasan sekolah dan di kelas-kelas yang kosong. Pelajar dingatkan tentang peraturan sekolah mengenai kesalahan tersebut sebagaimana yang tercatat dalam buku peraturan sekolah pada mukasurat 23. Pelajar yang terlibat akan dipanggil ibubapa mereka ke sekolah dan sekiranya berlaku lagi tindakan rotan sebanyak 2 kali akan dikenakan. Peringatan ini telah disampaikan oleh GPK HEM SMK Lui Barat.

http://www.smkluibarat.com/hem/news.php oleh Amirhaszuwanni

Guru Bertugas Minggu ini

17 - 19 Februari 2010

1. Pn. Asnatul Sima bt Alwi
2. En. Jayasangar a/l Krishnan
3. Pn. Norashikin bt Shafie
4. Cik Yau Bee Bee
5. En. Mohd Norisman bin Hussin

Friday, February 12, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK LUI BARAT

SMK Lui Barat akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada :

Tarikh : 19 Februari 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat : Padang SMKLB

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mewajibkan semua pelajar menyertai kejohanan tersebut.

"SUKAN UNTUK SEMUA"

Tuesday, February 9, 2010

OPS LEWAT 2

Ops Lewat 2 telah diadakan pada 9 Februari 2010 bagi memastikan pelajar datang awal ke sekolah. Walaupun pada Januari yang lalu kedatangan mereka ke sekolah awal setelah diadakan Ops Lewat 1 tetapi nampaknya sudah ramai pelajar yang mula datang lewat ke sekolah terutamanya pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah seperti dari Lui Barat dan Kg Ayer Hitam. Untuk Ops Lewat 2 kali ini pelajar-pelajar yang lewat telah ditahan diperhimpunan dan diletakkan dalam kumpulan yang berasingan dari pelajar yang datang awal. Mereka telah diberikan amaran dan sekiranya berlaku lagi tindakan displin akan dikenakan. Semoga program ini dapat menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka untuk datang ke sekolah lebih awal. Kempen Datang Awal Ke Sekolah Jam 7.20 dan Balik Terus Pulang Ke Rumah masih lagi diteruskan.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/news.php oleh Amirhaszuwanni

Monday, February 8, 2010

Guru Bertugas Minggu ini

8hb - 12hb Februari 2010

1. Pn Amilinda binti Amsar
2. Pn Jaya Gowri a/p Thavamtoo
3. En. Mohd Hazizi bin Saribin
4. En. Zaharuddin bin Abd Rahman
5. Cik Norhazila binti Mohd Nor

TAKLIMAT KAJIAN MASALAH DISIPLIN 1

Satu taklimat mengenai kajian displin 1 di sekolah ini telah disampaikan oleh En. Abdul Halim Bin Bakar selaku Ketua Guru Disiplin sekolah. Taklimat tersebut telah disampaikan dalam perhimpunan pagi 9 Februari 2010 yang dihadiri oleh semua guru dan pelajar. Antara tujuan kajian tersebut ialah untuk mendapatkan maklumat sejauhmanakah penglibatan pelajar sekolah ini dalam kes-kes yang serius dan minat mereka terhadap sekolah. Borang mengenai kajian ini telah diedarkan melalui ketua kelas untuk diisi oleh pelajar 5 minit pada waktu pertama dengan kerjasama guru-guru. Semoga kajian ini dapat membantu Unit Disiplin sekolah dalam mengurangkan gejala-gejala yang negetif khususnya berlaku di dalam kawasan sekolah seterus meningkatkan fokus pelajar terhadap pelajaran mereka.

Dipetik dari http://www.smkluibarat.com/hem/news.php oleh Amirhaszuwanni

Tuesday, February 2, 2010

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI SEMPENA PROGRAM PENGHAYATAN 1MALAYSIA

"Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan memupuk perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia."

Pertandingan menulis surat ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula pada 29 Disember 2009 hingga 19 Februari 2010. Hantarkan hasil karya anda bersama borang penyertaan ke alamat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Peti Surat 1000, 50796 Kuala Lumpur.

Klik untuk Muat Turun :
Syarat-Syarat Pertandingan Menulis Surat
Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri

Kategori A - Sekolah Rendah:

Hadiah Tempat Pertama :

Wang tunai RM3.000.00, Sebuah Komputer Riba, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku,Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Tempat Kedua :

Wang tunai RM2,000.00, Sebuah Kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Tempat Ketiga :

Wang tunai RM1,000.00, Sebuah Kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Saguhati X 10 :

Wang tunai RM500.00 seorang, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00 seorang

Kategori B- Sekolah Menengah:

Hadiah Tempat Pertama :

Wang tunai RM4,000.00 , Sebuah Komputer Riba, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Tempat Kedua:

Wang tunai RM3,000.00 , Sebuah kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, baucar Buku, buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Tempat Ketiga:

Wang tunai RM2,000.00 , Sebuah kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00

Hadiah Saguhati X 10 :

Wang Tunai RM500.00 seorang , Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00 seorang

Sekolah-sekolah bagi pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga juga akan menerima dua buah komputer setiap satu

Guru Bertugas Minggu ini

1hb - 5hb Februari 2010

1. Pn. Anita binti Mohamad Ali
2. Pn. Intherani a/p Karuppiah
3. En. Mohd Zaidi bin Mat Radey
4. Pn. Wan Nooralthuda binti Wan Yusoff
5. En. Mohd Affandi bin Abd. Rahman

Tayangan Gambar