Wednesday, January 23, 2008

Sejarah Sekolah


Dibuka pada 2hb. Januari 1987. Pada asalnya menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam. Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar. Pengetuanya ialah Tn. Hj. Azmi B. Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru dan seorang kerani. Pada 21hb. April 1987, semua pelajar dan guru-guru telah berpindah ke sekolah baru sekarang.

Sekolah ini dilengkapi dengan 2 bangunan yang mengandungi dua buah bangunan yang mengandungi 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, bilik koperasi dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan. Pada tahun 1990, sebuah blok 2 tingkat yang mengandungi 11 buah kelas yang boleh menampung seramai 420 orang pelajar telah dibina.

Pada 22hb. Ogos 1994, SMK Lui Barat telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dalam rangka lawatannya ke Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment, rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan. Kini, SMK Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002.

Kini SMK Lui Barat memberikan pendidikan menengah bagi pelajar-pelajar kawasan Lui iaitu dari Kg. Sg. Lui, Felda Lui Timur, Felda Lui Muda, Felda Lui Selatan, Felda Lui Barat, Felcra Air Hitam dan Kg. Air Hitam

Tuesday, January 22, 2008

MOTO SEKOLAH

“Bahawa sesuatu kejayaan itu hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih, bertanggungjawab dan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan”

Monday, January 21, 2008

LOGO



Bintang 14 bucu :
Negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah.

Bunga Padi :
Ilmu ibarat padi, akan bertambah jika disemai. Padi semakin tunduk semakin berisi, begitu juga orang yang berilmu tidak sombong dan bongkak.

9 Tangkai Padi :
Lambang sembilan daerah di Negeri Sembilan.

Obor :
Ilmu menerangi kehidupan yang berilmu mampu menerangi hidupnya dan kehidupan orang lain. Juga melambangkan kecemerlangan di dalam bidang sukan.

Latar belakang :
Bersih yang dicorakkan oleh ilmu yang dipelajari warna Putih di sekolah. Matlamatnya ialah menjadi manusia yang beramal dengan ilmu dan imannya.

Berilmu, Beriman,Beramal :
Pelajar perlu mencari ilmu kerana dengan ilmu barulah memperolehi iman yang membolehkannya beriman dan beramal dengan sempurna.

Sunday, January 20, 2008

PENTADBIR SEKOLAH SEJAK DITUBUHKAN

1. Tn Hj. Azmi bin Hj Zainal ( 1 Jan 1987 - Nov 1990)

2. En. Amir Sharifuddin bin Ahmad (1 Dis 1990 – Feb 1992)

3. Tn. Hj. Misan bin Mastor (Feb 1992 - Ogos 1994)

4. Pn. Siti Aisyah bt. Salleh (Ogos 1994 - Sept 1994)

5. En. Zakaria b. Mohd Zin (Sept 1994 - Nov 1995)

6. Tn Hj. Che Wan bin Ahmad (Dis 1995 - Mei 1999)

7. Pn. Hjh Zaidah bt Mohamed (Mei 1999 - 31 Nov 2000)

8. Pn Junaidah bt Ibrahim (1 Dis 2000 - 28 Feb 2003)

9. Tn. Hj. Amir Sharifuddin B. Ahmad (2 Mei 2003 - 2007)

10. Pn Hjh Maimon Abdullah (2007 - sekarang)

Saturday, January 19, 2008

VISI DAN MISI SMKLB

VISI

“Kearah melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum menjelang 2010"


MISI

~ Melahirkan pelajar yang berilmu, beretika, proaktif dan berdaya saing dalam semua bidang.

~ Meningkatkan kualiti kelulusan pelajar-pelajar dalam semua peperiksaan untuk setiap mata pelajaran.

~ Meminimakan masalah salah laku dan gejala sosial para pelajar.

~Melahirkan atlet-atlet yang aktif dan berpotensi di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

~ Menyediakan satu sistem pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan.

~ Menuju ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah, ko- kurikulum dan keceriaan sekolah.

VISI DAN MISI KPM

VISI

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

MISI

"Membangun Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti"

Thursday, January 17, 2008

LAGU SEKOLAH

Berilmu beriman beramal
Kata hikmat sekolah kita
Berusaha penuhkan ilmu didada
Khidmat mulia pada agama dan bangsa

Gagah berani bersedia
Hemah mulia teras kejayaan
Hijau kuning biru kita bersatu
Sanjung tinggi rakyat berilmu

Insaflah putra dan putri
Sekolah Menengah Lui Barat
Tujui kecemerlangan diri
Sahutlah wawasan Negara

Berilmu beriman beramal
Kata hikmat sekolah kita
Berusaha penuhkan ilmu di dada
Sekolah Menengah Lui Barat

Tayangan Gambar